Cebisan sayap Boeing 777 di Pulau Reunion bukan milik MH370?

Apabila bahagian sayap pesawat Boeing 777 terdampar di Pulau Reunion di Lautan Hindi bulan lalu, kerajaan Malaysia dengan cepat mengatakan bahawa bahagian yang hilang tersebut adalah Malaysia Airlines MH370.
Logiknya sangat mudah, apabila jurutera Boeing mengesahkan bahawa segmen sayap tersebut dari Boeing 777 dan hanya MH370 merupakan satu-satunya 777 yang dilaporkan hilang. Maka, sahlah segmen sayap flaperon itu dari MH370. Tutup kes!

Tapi yang sebaliknya berlaku….sehingga sekarang, pasukan penyiasatan dari Perancis masih gagal untuk mengesahkan tuntutan ini.

Pada 5 Ogos, susulan dari penemuan di Pulau Reunion, Perdana Menteri Malaysia Najib mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan kepada dunia bahawa sayap tersebut adalah cebisan dari MH370. Tetapi kemudian, penyiasat Perancis Serge Mackowiak membalas kenyataan Perdana Menteri, dengan mengatakan bahawa lebih banyak ujian diperlukan untuk menentukan secara sah segmen sayap itu. Mereka menjangkakan yang keputusan ujian tersebut sepatutnya datang dalam masa sehari. Kemudian ia menjadi beberapa hari. Sekarang ia telah beberapa minggu tapi masih tidak dapat disimpulkan.

Apa masalah sebenarnya??

Menurut New York Magazine, plat ID yang sepatutnya berada di semua sayap Boeing 777 tidak terdapat pada cebisan sayap yang dijumpai. Plat tersebut mengandungi nombor siri yang menghubungkan bahagian tersebut dengan MH370.
Bukan itu saja, malah rekod penyelengaraan MH370 pada sayap tersebut juga tidak sama dengan sayap yang dijumpai.

Menurut seorang pakar penerbangan Jeff Wise;
“bahagian-bahagian kejuruteraan kapal terbang biasanya di rekodkan dengan tepat, dan apa-apa perubahan akan disahkan oleh kakitangan penyelenggaraan. Jika bahagian yang mempunyai empat lubang tetapi tiba-tiba mempunyai lima, ia tidak akan direkodkan sebagai ‘tidak sepadan dengan tepat. ‘-ia sememangnya tidak sama. ”

mh370

Selain itu, kewujudan teritip pada cebisan sayap itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana kewujudan teritip menunjuk bahawa cebisan tersebut tenggelam dibawah permukaan laut untuk beberapa bulan. Jika benar, bagaimana sayap itu boleh dibawa laut ke pantai Pulau Reunion??

Walaupun terdapat pelbagai penjelasan lain tetapi, persoalan-persoalan seperti ini menyebabkan kisah-kisah konspirasi mengenai MH370 akan terus diperkatakan dan kekal misteri.

You may also like...