Cebisan MH370 ditemui di Pulau Reunion berhampiran Madagascar

MH370-debris_3391693b

Penduduk tempatan Pulau Reunion telah menjumpai serpihan pesawat yang diliputi cengkerang semasa aktiviti pembersihan pantai. Serpihan pesawat tersebut kemungkinan besar adalah milik Boeing 777 MH370 yang hilang lebih setahun lepas.

Apa yang telah ditemui adalah satu objek logam yang berukuran antara enam hingga sembilan kaki panjang dan tiga kaki lebar ditemui di pantai di pantai timur Reunion, sebuah pulau Perancis di Lautan Hindi. Objek tersebut mempunyai nombor kod “BB670” di atasnya. Penduduk tempatan berkata, objek yang mempunyai cengkerang di atasnya dan kelihatan seperti telah berada dalam air untuk beberapa ketika.

Kod “BB670” ini akan menjadi rujukan penting dalam mengenal pasti pesawat dan kemungkinan besar dapat disahkan dalam tempoh 24 jam. Kod ini dipercayai adlah tag, atau sebahagian daripada tag yang diletakkan oleh pengeluar pada bahagian pesawat. Kod ini boleh menjadi nombor bahagian atau nombor siri atau kod bar.

mh370-debris1

Pegawai penyiasat dari Malaysia turut mengesahkan yang cebisan pesawat tersebut hampir pasti milik MH370 kerana ia merupakan sebahagian dari pesawat Boeing 777 dan tiada mana-mana pesawat Boeing 777 lain dilaporkan hilang di Lautan Hindi.

Disamping itu, pakar-pakar lautan turut mendakwa, jika diambil kira lokasi kemalangan MH370 dan gerakan ombak laut, Pulau Reunion adalah kawasan yang paling tepat untuk sisa pesawat MH370 dijumpai .

mh370

Ini kerana arus di Lautan Hindi bergerak melawan arah jam dan akan menghanyutkan objek ke utara dari zon carian semasa, di luar pantai Australia Barat, dan kemudian ke arah barat ke arah Reunion.

Pegawai penerbangan pula percaya objek tersebut adalah “flaperon”, iaitu bahagian yang bergerak pada sayap untuk membantu untuk mengawal pesawat berlepas dan mendarat. Pakar mengatakan objek yang kelihatan seperti flaperon itu sememangnya mirip milik Boeing 777.

Pihak berkuasa dari Perancis dan Malaysia telah dihantar ke Reunion untuk memeriksa bangkai. Mereka dijangka akan mengesahkan sama ada objek yang datang dari MH370 dalam tempoh satu hingga dua hari.

Jika objek itu adalah dari MH370, ia akan menjadi tanda pertama Boeing 777 sejak ia hilang pada 8 Mac tahun lepas. Tetapi pengesahan itu akan datang sebagai berita sukar bagi keluarga 239 penumpang yang berada di atas kapal.

You may also like...