Basikal masa depan bakal dikuasai telefon pintar

FUCI1_3426197b

Adakah ini basikal masa depan?

Basikal diberi nama FUCI ini merupakan gabungan basikal tradisional dengan ciri-ciri reka bentuk yang diambil dari kereta dan motosikal untuk menghasilkan basikal moden yang mengagumkan.

Sejak penciptaan basikal berantai sekitar tahun 1880-an, reka bentuk asas basikal tidak banyak berubah.

Memang benar jika kita katakan terdapat beberapa perubahan seperti rekabentuk dan bahan buatan seperti gentian karbon untuk basikal masakini tetapi jika kita letakkan basikal zaman Victoria dengan basikal dirumah kita, persamaannya adalah sangat ketara berbanding perbezaannya.

Konsep baru, ‘Eff You See Eye’ (atau FUCI) adalah ilham Robert Egger, pengarah kreatif pengeluar basikal khusus yang mencabar dirinya untuk menghasilkan sebuah basikal moden untuk abad ke-21.

 

Egger menggantikan rekabentuk rangka dengan besi tiang bulat kepada rangka anggun yang mengingatkan kita kepada rekabentuk motorsikal dengan visor aerodinamik diatas hendal.

Turut ditambah adalah bateri litium yang mampu memberi kuasa untuk alat elektronik pada basikal dan menggerakkan roda belakang bermotor dan juga cradle untuk telefon pintar pada batang handlebar.FUCI3_3426195b

“Ideanya adalah supaya telefon pintar dapat mengawal seluruh basikal,” kata Egger di laman web rasmi basikal itu. “Semua kawalan basikal dari mengunci, navigasi laluan perjalanan anda, atau mencadangkan laluan alternatif dapat dilakukan menggunakan telefon pintar.

FUCI4_3426198b

“Ia tahu apabila waktu gelap, lampu akan terpasang, dan turut tahu apabila tekanan tayar adalah rendah, atau memberi amaran apabila terdapat kereta yang terlalu rapat dengan anda.”

Basikal konsep ini mengambil masa enam bulan untuk dihasilkan dan direka bertentangan dengan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ketat yang dikenakan oleh UCI yang mana mengharamkan penggunaan teknologi elektronik, brek cakera, dan skrin pelindung pada basikal.

FUCI3_3426195b
Ini bermakna ia bukanlah basikal untuk berlumba tetapi sebuah basikal bagi seseorang yang benar-benar hanya mahu untuk bergerak dengan pantas di atas jalan raya dengan menggunakan basikal.

Walaupun FUCI masih belum dianggap selamat dan layak dipandu, tetapi Egger yakin ia dapat dibaiki tidak lama lagi.
Sememangnya nampak menarik dan futuristik tetapi tidak pasti akan diterima dipasaran kerana ramai masih berpendapat, basikal adalah basikal dan ia untuk dikayuh dan bukan bermotor..…

You may also like...