Audi preview SUV elektrik E-tron Quattro, dipasaran 2018

audi-e-tron-quattro-concept-6-980x551

Audi memperkenalkan kereta konsep E-tron Quattro semalam di Frankfurt International Motor Show. Dengan falsafah rekabentuk baru Audi yang lebih tajam dan lurus dan bumbung yang rendah, E-tron Quattro kelihatan lebih seperti wagon daripada sebuah SUV. Sungguh pun begitu, rekabentuk tersebut sememangnya disengajakan kerana ia dapat meningkatkan aerodinamik untuk memaksimumkan jarak perjalanan dan penggunaan kuasa dari sistem pemacu elektriknya.

Ini adalah kerana, E-tron Quattro adalah merupakan sebuah kereta elektrik sepenuhnya, dengan menggunakan pek bateri lithium-ion 95-kilowatt-jam untuk memberikan jarak perjalanan sejauh 310 batu (500km) untuk sekali cas penuh.

audi-e-tron-quattro-concept-10-980x551

Menurut Audi, e-tron Quattro ini dapat memberikan kuasa 429hp (320kW), dengan 67hp tambahan / 50kW sebagai fungsi rangsangan untuk tempoh yang singkat. Ditambah pula dengan pekali seretan yang amat rendah iaitu cuma 0.25. Ini membolehkannya mencapai 0-62 mph (0-100kp / h) dalam masa 4.5 saat, menjadikannya antara SUV terpantas.

audi-e-tron-quattro-concept-rear-2-970x546-c audi-e-tron-quattro-concept-rear-angle-2-970x546-c

Pek bateri yang diletakkan di bawah ruang penumpang untuk menurunkan pusat kereta gravity ini, menjana kuasa untuk tiga motor, satu untuk roda hadapan dan satu untuk setiap roda belakang. Susunan ini dapat meningkatkan pengendalian dengan membiarkan komputer pemacu memberikan lebih tork kepada bahagian luar roda belakang. Suspensi udara pula digunakan untuk perjalanan yang selesa, dan pemanduan empat roda pula akan membantu kendalian pada kelajuan rendah dan pusingan pada kelajuan tinggi.

Disebabkan saiz baterinya, Audi menyatakan bahawa ia akan mengambil masa kira-kira 50 minit untuk cas dari kosong kepada penuh di Peringkat 3 stesen pengecasan DC. Audi juga sedang meneroka kemungkinan memperkenalkan pengecasan tanpa wayar, dengan idea bahawa kereta konsep E-tron Quattro boleh memandu sendiri ke pad pengecasan tanpa wayar.

audi-e-tron-quattro-concept-interior-2-980x551

Sungguhpun begitu, kereta konsep E-tron Quattro ini sebenar tidak mempunyai sebarang teknologi baru yang betul-betul lain dari yang lain.
Dan Audi juga berjanji untuk mengeluarkan kereta model elektriknya ke pasaran mulai 2018.

You may also like...