Anda diperhatikan..Malaysia bakal perkenal RFID pada semua kenderaan pada 2018.

Kerajaan bakal tahu pergerakan kenderaan kita!

Menurut JPJ, Malaysia sedang berusaha untuk memasang Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) pada semua kenderaan mulai 2018. Bunyi macam menarik tetapi skim pengesanan seperti ini telah mendapat tentangan dalam kebanyakan negara maju kerana melanggar hak peribadi. Bayangkan semua pergerakan kita dapat di kesan oleh kerajaan. Ngeri tak??

roadtx

Menurut JPJ, RFID akan menampilkan ‘kod pintar’ tag yang akan tertanam ke dalam pelekat cukai jalan baru termasuk motosikal yang dapat dikesan oleh pihak berkuasa tertentu.

Sistem baru ini akan membolehkan pihak berkuasa polis dan lain-lain dapat mengesan penjenayah dan juga prospek yang baik untuk Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merancang untuk memulakan aliran percuma berbilang lorong (MLFF) bagi pelaksanaan pembayaran elektronik tanpa kehadiran pihak plaza tol.

roadtax rfid viatag

RFID juga akan menandakan satu era baru bagi keselamatan kenderaan di Malaysia dan ia boleh menjadi jawapan untuk memerangi kecurian kenderaan dan sindiket klon kenderaan. Dijangkakan bahawa jumlah bilangan kenderaan berdaftar menjelang 2018 mungkin mencapai 28 juta di seluruh negara, berdasarkan rekod 2013 sebanyak 23.8 juta, iaitu peningkatan sebanyak 5.3% daripada tahun sebelumnya.

Tag RFID ini akan direka supaya tidak dapat dimusnahkan dan jika ada cubaan menggangu atau membuangnya, ia akan menghantar amaran kepada JPJ dan pihak polis.

Menurut Timb Menteri Pengangkutan, projek perintis akan dimulakan Oktober ini dengan RFID tag dipasang untuk perjalanan masuk dan keluar dari pintu sempadan Johor,” . Menurut beliau lagi, fasa kedua dan ketiga pula akan diperkenalkan pada kenderaan asing dari Thailand, Brunei dan Indonesia masing-masing pada 2016 dan 2017.

Lepas ni, akan keluar la berita yang Malaysia adalah Negara pertama perkenalkan teknologi RFID ni..lebih dahulu dari US. Hebatkan?? Tapi hakikatnya tidak ada rakyat Negara lain yang setuju untuk privasi mereka diganggu…mungkin kecuali Malaysia.

You may also like...