2017 Mazda CX-9 dengan rekabentuk Kodo

2017-Mazda-CX-9-Carscoops1

Mazda sudah menukar hampir semua rekabentuk kereta nya dengan rekabentuk Kodo sepenuhnya seperti Mazda 6.

Tetapi..untuk peminat CX-9 dan juga Kodo Design, anda mungkin tidak perlu tunggu lama lagi kerana Mazda sudah mula mengubah rekabentuk CX-9 dengan mengubah bahagian hadapannya yang lebih mengancam dan hampir kepada Mazda 6.

Cuba bayangkan rekabentuk depan Mazda 6 pada SUV CX-9 yang panjang dan anggun.

Pada ketika industri kereta mula downsizing, Mazda dijangka akan turut serta dan menukarkan enjin 3.7 liter V6 nya pada CX-9 kepada enjin 2.5 liter dan empat unit silinder turbo dengan teknologi SkyActiv.

Mazda CX-9 dengan 7 tempat duduk ini akan menyaingi Honda CRV, Hyundai Santa Fe dan Ford Explorer. Dengan rekabentuk Kodo yang memang menarik, dijangka Mazda CX-9 mempunyai kelebihan.

Mazda-CX-9-Carscoops25

Telah terdapat gambar dari spyshot sebelum ini dan ramai mengharapkan ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini di Los Angeles. Kita tunggu!

You may also like...